Tunku Shazuddin Arif pengerusi baru Naza Italia

Harian Metro - - Bisnes -

Naza Italia Sdn Bhd, anak syarikat Naza Corp Holdings Sdn Bhd melantik Tunku Datuk Shazuddin Ariff ibni Sultan Salehuddin ke lembaga pengarahnya sebagai pengerusi firma berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corp, SM Nasaruddin SM

Nasimuddin berkata,

Tunku Shazuddin akan menjadi penasihat utama mengenai arah strategik untuk meningkatkan Naza Italia sebagai pengedar rasmi Ferrari dan Maserati di Malaysia dan kekal menjadi pengedar teratas di Asia Tenggara.

“Tunku Shazuddin membawa banyak pengetahuan dan kepakaran yang kami percaya akan menambah nilai, memupuk amalan tadbir urus korporat yang baik dan memberikan kepemimpinan yang berkesan untuk memacu Naza Italia mencapai kejayaan jangka panjang dan memberikan nilai mampan kepada kumpulan kenderaan bermotor berkenaan,” katanya.

Pada masa ini, Tunku Shazuddin berkhidmat sebagai Pengarah Seri Libana Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Food Bhd.

Selain itu, Groupe PSA, rakan usahasama Naza Corp juga menamakan Laurence Noël sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kilang Pengeluaran Automotif Naza di Gurun, Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.