20 tahun pemetik api dalam perut

Harian Metro - - Global -

Chengdu: Doktor di sebuah hospital di bandar ini membuat satu pembedahan untuk mengeluarkan pemetik api daripada perut seorang lelaki yang secara tidak sengaja menelan objek itu kira-kira 20 tahun lalu.

Media China melaporkan, lelaki itu yang tidak dinamakan menelan pemetik api secara tidak sengaja kira-kira 20 tahun lalu dan tidak pergi ke hospital kerana tidak mengalami sebarang gejala luar biasa.

Bagaimanapun, beberapa tahun lalu lelaki itu mula sakit perut dan mengeluarkan najis berdarah.

Apabila penyakit itu semakin melarat, lelaki itu teringat dia pernah menelan pemetik api dan terus datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Doktor memberitahu, satu prosedur dilakukan pada 12 April lalu untuk mengeluarkan pemetik api sepanjang sembilan sentimeter berkenaan.

Lelaki itu pernah menjalani prosedur yang sama sebelum ini tetapi doktor gagal mengeluarkan pemetik api itu kerana ia terlalu licin.

Pembedahan kedua itu berjalan dengan lancar dan dalam tempoh 10 minit pemetik api berkenaan berjaya dikeluarkan. - Agensi

GAMBAR menunjukkan pemetik api yang dikeluarkan selepas berada di dalam perut seorang lelaki selama 20 tahun. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.