Bulatan Seratus kini berwajah baru

Harian Metro - - Tengah -

Bulatan Seratus kini berwajah baru selepas dijadikan kawasan angkat dan dibaik pulih oleh Pusat Pemborong GM Klang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, sebelum dijadikan kawasan angkat, bulatan berkenaan menjadi lokasi vandalisme terutama penampalan iklan haram oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Sebelum dibaik pulih oleh GM Klang, tempat ini terbiar dan agak gelap pada waktu malam. Malah, ia turut menjadi tempat penduduk melepak serta minum minuman keras.

“Kini, bulatan ini menjadi tarikan dan perhatian kerana keindahan serta kebersihan landskap yang ditonjolkan terutama pada waktu malam,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Bulatan Seratus, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, Datuk Lim Seng Kok.

Mohamad Yasid berkata, proses baik pulih bulatan itu dimulakan pada Disember 2017 dengan mengetengahkan konsep kehijauan serta turut menggunakan bunga rasmi daerah itu iaitu Ruellia brittoniana (sejenis bunga petunia berwarna ungu) sebagai tanda simbolik.

Katanya, kerja mengindahkan bulatan itu siap sepenuhnya pada April lalu dengan kos kira-kira RM500,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.