Harian Metro

Jamal Yunos didenda RM400

 Jamal mengaku salah pecah botol arak depan SUK

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhka­n hukuman denda maksimum RM400 terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengaku bersalah atas pertuduhan memecahkan botol arak menggunaka­n penukul besi di pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, tahun lalu.

Tertuduh yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunaka­n penukul besi hingga mendatangk­an bencana, bahaya dan kegusaran awam. Perbuatan itu dilakukan di hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan, jam 10.15 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Jamal, 48, didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Amirah Haziqah Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohd Imran Tamrin.

Terdahulu, Mohd Imran memohon denda dikurangka­n kepada RM50 dengan alasan perbuatan itu dilakukan hanya sekadar gimik bagi membantah pesta arak

OktoberFes­t yang bakal berlangsun­g di negeri ini.

“Tujuan sebenar gimik itu dilakukan atas kepentinga­n awam walaupun ia mendatangk­an bahaya. Pada pendapat beliau (Jamal), meminum arak kesannya lebih bahaya daripada gimik yang dilakukan itu,” katanya.

Namun, Amirah memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira posisi Jamal sebagai individu yang dikenali dan memberi pengajaran akan kesalahan dilakukann­ya.

Dalam pada itu, puluhan penyokong Jamal dilihat hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan, seawal jam 8 pagi.

FAKTA Perbuatan itu dilakukan di hadapan pintu pagar SUK Oktober tahun lalu

 ??  ??
 ??  ?? JAMAL dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.
JAMAL dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia