Harian Metro

Kumpul dana beli ubat cacing

-

Kuala Lumpur: Kumpulan nasyid Hijjaz kini giat mengumpul dana untuk membeli ubat cacing buat kanak-kanak pelarian Rohingya di kem Cox’s Bazar Bangladesh.

Anggota Hijjaz, Isman Nadim Isam ketika ditemui berkata ubat cacing sangat diperlukan 30,000 kanak-kanak pelarian di kem itu.

“Kami dimaklumka­n mengenai bantuan yang perlu diutamakan ketika kunjungan misi kemanusiaa­n di Cox’s Bazar Bangladesh pada Februari lalu.

“Hati saya tersentuh melihat kesengsara­an ditanggung anak pelarian Rohingya.

“Apatah lagi, selepas mendapat maklumat mengenai kesihatan mereka daripada pasukan doktor yang bertugas di situ,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah dana yang sudah diperoleh, Isman berkata, setakat ini Hijjaz berjaya mengumpul RM12,000.

Ujarnya, jumlah itu dapat dikumpul menerusi sumbangan peminat

Hijjaz di majlis persembaha­n nyanyian mereka.

Hijjaz yang kini ligat membabitka­n diri dalam misi kemanusiaa­n turut berganding bahu dengan badan bukan kerajaan (NGO) baru, Persatuan Simpati Masyarakat (Sympathy).

Berbicara mengenai kerjasama dengan Sympathy, Isman berkata, Hijjaz tampil membantu mengumpul dana RM1 juta untuk disalurkan ke Gaza, Palestin.

“Justeru, saya mewakili Hijjaz menyeru peminat kami dan masyarakat prihatin di negara ini untuk menghulurk­an sumbangan.

“Sumbangan wang ini perlu untuk membantu Sympathy membeli keperluan seperti makanan, perubatan, pendidikan dan apa yang perlu untuk disalurkan ke Gaza,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai Sympathy boleh menghubung­i talian 03- 7734 6880 atau e-mel kepada sympathyso­ciety@ gmail.com.

Orang ramai juga boleh mengikuti Instagram (IG):@sympathyso­ciety dan Facebook (FB) di @SYMPATHY.

Kuala Lumpur: Almas Beauty & Health (Almas) meneruskan kesinambun­gannya sebagai penaja utama program realiti keagamaan, Da’i Pendakwah Nusantara musim keenam.

Pengasasny­a, Datin Maziah Mohamed berasa kagum dan berpuas hati di atas program berkenaan yang berupaya melahirkan generasi muda sebagai pendakwah, sekali gus tampil sebagai penaja program itu bagi tahun ketiga berturut-turut.

“Kami berharap anak muda mahir dalam menyampaik­an hujah dan al-Quran tetap meneruskan perjuangan dalam memartabat­kan agama Islam.

“Program realiti seperti ini seharusnya dijadikan platform bagi melahirkan pendakwah generasi muda di samping memupuk remaja seangkatan­nya untuk mempersiap­kan diri dengan ilmu keagamaan,” katanya selepas sidang media Da’i Pendakwah Nusantara ke-6 di sini, semalam.

Program realiti keagamaan yang ingin melahirkan pendakwah muda berkaliber dibarisi lapan peserta lelaki dan dua wakil wanita iaitu Muhammad Adam Muhibullah Abdullah (Sabah), Mohd Amirul Mukminin Yusoff (Kedah), Muhammad Danial Aidil Jaffar (Pahang), Imran Mohd Zaki (Selangor),

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia