Harian Metro

Nota ‘maut menanti kamu’

-

Georgetown: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima daripada DAP, Syerleena Abdul Rashid membuat laporan polis selepas menerima nota ugutan bunuh, kelmarin.

Ugutan ditulis atas sekeping kertas itu ditemui di dalam peti surat Pusat Khidmat wakil rakyat berkenaan di Taman Seri Delima, di sini, jam 3.30 petang kelmarin.

Nota yang tertulis perkataan ‘maut menanti kamu’ itu ditulis tangan menggunaka­n pen berdakwat merah.

Syerleena berkata, beliau membuat laporan di Balai Polis Jelutong di sini pada jam 7 petang, selepas mengambil kira risiko keselamata­n diri dan ahli keluargany­a.

“Ini pertama kali saya menerima nota berbaur ugutan bunuh. Biasanya ugutan di laman sosial saja, tetapi ini kes serius.

“Saya berharap polis segera melakukan siasatan dan menahan individu bertanggun­gjawab,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Syerleena membuat laporan di balai polis sama semalam, berhubung kenyataan fitnah ditulis pemilik akaun Facebook yang mendakwa dirinya anti-Islam dan ingin meruntuhka­n institusi keagamaan itu.

 ??  ?? SYERLEENA menunjukka­n nota ancaman maut dan laporan dibuat.
SYERLEENA menunjukka­n nota ancaman maut dan laporan dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia