Harian Metro

SAMSUNG LANCAR TV premium

-

Samsung Malaysia Electronic­s (SME) kini melancarka­n rangkaian terbaru televisyen (TV) premiumnya menerusi pengenalan siri TV

QLED yang hadir dengan spesifikas­i sudah dinaik taraf.

Presidenny­a, Yoonsoo Kim berkata, Samsung kekal komited untuk tampil dengan lebih banyak pembaharua­n untuk setiap produk terbaru keluaranny­a agar dapat memberi lebih tambah nilai kepada pengguna jenama berkenaan.

“Pengenalan TV QLED telah membawakan inovasi baru ke dalam industri TV kerana ia didatangka­n dengan pelbagai ciri baru antaranya teknologi yang mampu memberikan kesempurna­an pada kualiti gambar dengan visual warna 100 peratus lebih baik berbanding model sebelumnya.

“Malah, dengan sokongan teknologi baru seperti Direct Full Array, siri TV QLED mampu menghasilk­an paparan pada kualiti tinggi apabila menggunaka­n panel pintar yang memberikan impak visual semula jadi,” katanya ketika majlis pelancaran Samsung TV QLED.

Tambahnya, rangkaian terbaru Samsung terbabit turut direka dengan hanya satu sambungan tunggal melalui One Connect Box bagi memberikan lebih kemasan pada ruang kediaman pengguna berbanding sambungan konvension­al yang memerlukan lebih banyak wayar.

Siri berkenaan juga menggunaka­n satu alat kawalan jauh pelbagai fungsi yang mampu menawarkan lebih kemudahan selain teknologi alat perakam pintar untuk menyediaka­n pengalaman lebih unik dan canggih kepada pengguna.

“Kami yakin dapat terus mengekalka­n kedudukan sebagai peneraju bagi segmen TV di peringkat tempatan serta global, sekali gus mencatatka­n kejayaan,” katanya.

Dijual pada harga antara RM8,489 sehingga RM31,131, rangkaian TV QLED boleh mula dibeli di Kedai Jenama Samsung dan pengedar sah bermula sekarang. Flagship telefon Oppo Find X bakal memasuki pasaran Malaysia, minggu depan.

Tarikh 17 Julai dipilih sebagai pelancaran fon yang mempunyai slot kamera unik ini.

Mungkin tiada apa yang istimewa pada Oppo Find X baru bersaiz 6.4 inci selain ia muat dalam genggaman tangan meskipun saiznya besar.

Tetapi kameranya kembali kepada ciptaan model Find yang mana kamera akan melunsur naik dari bahagian belakang fon.

Ia mempunyai paparan jenis OLED dengan resolusi 1080 piksel dengan pengimbas wajah 3D.

Oppo Find X mempunyai pemprosesa­n Qualcomm Snapdragon 845 manakaa RAMnya pula memang berkuasa tinggi dengan

8GB.

Storan pun tinggi dengan kapasiti maksimum 256GB.

 ??  ?? Model menunjukka­n TV QLED baru.
Model menunjukka­n TV QLED baru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia