Harian Metro

Ahli lembaga pengarah GLC perlu bertanggun­gjawab

-

Kuala Lumpur: Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus dipertangg­ungjawabka­n dalam isu pembayaran gaji yang terlalu tinggi bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mahupun pengarah syarikat.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabang­sa Malaysia (UNI-MLC) Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ini kerana, lembaga pengarah syarikat terbabit secara langsung memberi kelulusan kenaikan gaji dan elaun.

“Saya salahkan lembaga pengarah kerana dalam syarikat GLC ada wakil kerajaan dan kementeria­n Kewangan. Apa peranan mereka?

“Makna kata kalau gaji atau elaun naik, bukan

CEO atau pengarah terbabit yang minta. Tentu ada cadangan yang diberikan dan diluluskan lembaga pengarah.

“Saya salahkan ahli lembaga pengarah, mereka tidak boleh ‘cuci tangan’ dan perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya. Keduanya, cukai pendapatan adakah dibayar oleh syarikat atau mereka sendiri?” katanya dihubungi semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa kerajaan mungkin menurunkan gaji peneraju di GLC bagi merapatkan jurang perbezaan gaji antara Ahli Parlimen dan sektor swasta.

Pada sidang media selepas menghadiri program Taklimat Governans, Integriti dan

Anti Rasuah di Ibu

Pejabat Suru- hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Dr Mahathir dipetik berkata, ada peneraju GLC dibayar hingga RM7 juta setahun.

Mohamed Shafie berkata, cadangan kerajaan mengkaji semula skala gaji terbabit demi wajar disokong dalam memastikan kelangsung­an prestasi GLC yang semakin menurun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia