Harian Metro

Harga Mate 10 Pro lebih rendah

-

Huawei menawarkan harga lebih rendah untuk model Mate 10 Pro kepada RM2,699 berbanding RM3,099 sebelum ini.

Bagi memenuhi permintaan peminat dan pengguna dengan chipset Kirin 970, pemproses AI pertama di dunia untuk telefon pintar dengan Unit Pemprosesa­n Rangkaian Neural, Huawei meneruskan komitmenny­a dengan meningkatk­an akses untuk mencapai pasaran yang lebih luas.

Huawei dalam kenyataan berkata, pihaknya mengukir ruang yang terkenal di bidang kecerdasan buatan ketika kali pertama memperkena­lkan Siri Huawei Mate 10, baru-baru ini, yang menawarkan fotografi telefon yang lebih baik, mendefinis­ikan semula estetika dan merevolusi fotografi telefon pintar.

“Dekad terakhir pembanguna­n telefon pintar membawa teknologi canggih, sambungan Internet yang lebih cepat, paparan yang lebih besar, pengkomput­eran yang lebih berkuasa, hayat bateri yang lebih lama dan fotografi yang lebih baik.

“Selepas 10 tahun perubahan pesat, telefon pintar mula bergerak daripada fungsi biasa kepada telefon pintar. Matlamat utama Huawei adalah memberikan pengalaman pengguna lebih baik dengan Mate 10 Pro,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia