Harian Metro

IBU LAWAN BUAYA

- Agensi

 Wanita pertaruh nyawa, berenang, rebut anak diheret reptilia besar

Seorang ibu sanggup mempertaru­hkan nyawa apabila nekad terjun ke dalam sungai untuk menyelamat­kan anak lelakinya berusia 11 tahun yang diheret buaya sejauh 15 meter ketika turun mengambil air untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah mereka.

Detik News melaporkan, dalam kejadian jam 10.30 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu, di Kelurahan Teluk Dawan, Kabupaten Tanjung Jabung Timur, Jambi, Rasmi Dawan, 37, tidak berfikir panjang terus terjun dan berenang menyelamat­kan anaknya Yadi Putra yang diterkam buaya di lengan kiri dan diheret ke dalam air.

“Saya beranikan diri menyelam ke sungai untuk merebut anak daripada gigitan buaya itu. Tiba-tiba tanpa disangka, buaya itu melepaskan gigitannya.

“Ketika itu saya tidak peduli langsung jika ada buaya lain menyerang kerana cuma mahu menyelamat­kan anak yang sudah terseret 15 meter,” katanya.

Katanya, sungai itu memang mempunyai buaya, namun Yadi tidak melihat haiwan yang menerkamny­a disebabkan keadaan gelap.

Menurut Tribun, penduduk kampung yang mendengar kekecohan itu kemudian membantu membawa Yadi yang cedera teruk pada tangan kirinya ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Wilayah III BKSDA Jambi, Faried berkata, satu pasukan dikerahkan ke sungai itu untuk menangkap dan memindahka­n buaya berkenaan.

“Sungai itu memang habitat buaya, malah pernah ada kejadian penduduk dibunuh haiwan itu pada 2010,” katanya.

Keberanian Rasmi mendapat perhatian umum dengan Ketua Polis Resor Tanjung Jabung Timur, Superinten­dan Marinus Marantika Sitepu memberikan penghargaa­n kepadanya dalam satu upacara sempena Hari Bhayangkar­a ke-72 di lapangan Polres Tanjabtim.

 ??  ?? YADI mendapat rawatan sambil ditemani ibunya (kiri). - Agensi
RASMI dapat penghargaa­n, semalam. - Agensi
YADI mendapat rawatan sambil ditemani ibunya (kiri). - Agensi RASMI dapat penghargaa­n, semalam. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia