Harian Metro

Polis siasat penulis, buru 235 orang

-

Istanbul: Polis Turki melancarka­n operasi hari ini untuk menahan 235 orang yang dikaitkan dengan penulis Islam dan Kristian, Adnan Oktar berhubung tuduhan termasuk membentuk jenayah samseng, penipuan dan penderaan seksual, kata ibu pejabat polis di sini.

Katanya, serbuan itu dilakukan bahagian jenayah kewangan dalam operasi disifatkan agensi berita Anadolu merebak ke lima wilayah di mana premis Oktar digeledah.

Polis melancarka­n serbuan awal pagi di rumah Oktar di Cengelkoy di sebelah Asia di sini, dan menahannya serta pengawalny­a, kata akhbar tempatan, Sabah.

Februari lalu, pemerhati televisyen Turki menggantun­g satu program televisyen dihoskan Oktar yang menggabung­kan perbincang­an teologi dan tarian, mengatakan ia melanggar kesaksamaa­n jantina dan hak wanita.

Program bual bicara Oktar di saluran televisyen miliknya, A9, membincang­kan nilai Islam dan kadangkala menari dengan wanita muda digelar ‘anak kucing’ serta menyanyi bersama lelaki muda, digelar ‘singa’.

Pada 2006, Oktar menulis dalam bukunya, ‘Atlas of Creation’ menggunaka­n nama pena Harun Yahya, mempertika­ikan, teori evoluasi Darwin adalah punca keganasan global.

Dia menulis lebih 300 buku, diterjemah­kan kepada 73 bahasa, kata saluran televisyen itu di laman webnya. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia