Harian Metro

Bayi ajaib

- Agensi

 Ditemui masih hidup selepas enam jam ditanam di hutan

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan ditemui selamat selepas ditanam selama enam jam di satu kawasan hutan dalam satu operasi mencari yang dianggap pihak berkuasa sebagai satu keajaiban.

Kejadian itu bermula apabila polis menerima aduan pada malam Sabtu lalu mengenai seorang lelaki bersama bayinya mengancam orang ramai dengan pistol di Lolo Hot Springs, Missoula County di sini.

Polis kemudian menjejaki lelaki itu yang dikenali sebagai Francis Carlton Crowley, 32, sebelum menangkapn­ya tidak jauh dari lokasi berkenaan tetapi bayi berkenaan tiada bersama suspek.

Selepas disoal siasat lelaki itu akhirnya mengaku dia menanam bayi berkenaan di satu lokasi hutan berhampira­n kerana mangsa terlalu berat untuk dibawa.

Bayi berkenaan dipercayai anak kepada teman wanita suspek.

Susulan pengakuan berkenaan, polis melancarka­n operasi mencari bayi itu dan dibantu anggota penyelamat Missoula County, Peronda Lebuh Raya dan Perkhidmat­an Perhutanan Amerika Syarikat (AS).

Selepas operasi mencari berlangsun­g selama enam jam, seorang anggota penyelamat mendengar suara tangisan sebelum menemui bayi berkenaan ditanam di dalam tanah pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan).

Polis dalam satu kenyataan berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan muka ke bawah dan ditutup dengan tanah dan kayu.

Pihak berkuasa percaya, bayi itu ditanam di dalam hutan sekurang-kurangnya enam jam dan dibiarkan kesejukan.

Bayi itu yang mengalami lebam dan calar segera dibawa ke sebuah hospital berdekatan serta dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Bagi semua anggota yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat ini, menemui mangsa masih hidup dalam keadaan seperti itu umpama satu keajaiban,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, suspek kini ditahan di Pusat Tahanan Missoula County dan bakal didakwa di mahkamah.

 ??  ?? FRANCIS Carlton Crowley
FRANCIS Carlton Crowley

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia