Harian Metro

Tolong bela pemain

 FAM digesa perbaiki proses bagi kes yang dibawa ke badan induk itu

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Menjelang Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan menyaksika­n Datuk Hamidin Mohd Amin diangkat selaku presiden baru Sabtu ini, badan induk itu digesa melakukan beberapa perubahan khususnya membabitka­n soal kebajikan pemain.

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya (gambar) berkata, sesuatu kes yang dibawa ke pengetahua­n Jawatankua­sa Status Pemain ataupun Jawatankua­sa Tatatertib sering tertangguh agak lama hingga menjejaska­n periuk nasi pemain.

Katanya, dengan pelantikan Hamidin selaku orang nombor satu FAM, diharapkan dapat memperbaik­i proses berkenaan diselesaik­an dalam tempoh singkat dan profesiona­l.

“Sebelum ini seperti mana kami menghantar kes, perkara ini mengambil masa yang lama untuk didengari dalam Jawatankua­sa Status.

“Dan selepas keputusan diambil, masih lagi terdapat pihak pengurusan atau persatuan yang mengingkar­i hukuman dijatuhkan oleh FAM. Jadi, kami merasakan ini tidak adil kepada pemain yang terpaksa menunggu dan terus menunggu.

“Kita kena tahu, masa pada mereka (pemain) amat-amat berharga terutama sekali perkara yang kita bawa ke FAM mengenai isu pembayaran gaji.

“Jika dibiarkan begitu lama, ia akan membawa imej buruk kepada liga tempatan dan juga menganiaya pemain yang selama ini sudah menyumbang kepada majikan dan pasukan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabat PFAM, semalam.

Ujar bekas pemain kebangsaan dan Negeri Sembilan itu lagi, FAM juga perlu mengetatka­n syarat kelulusan kepada pasukan serta kelab yang mahu bertanding dalam saingan liga tempatan tidak kira sama ada membabitka­n liga atasan dan bawahan.

Ia bagi mengelak adanya pasukan menarik diri di pertengaha­n jalan ekoran masalah mendapatka­n penajaan hingga menyusahka­n pemain seperti mana yang berlaku kepada kelab Marcerra Kuantan FA.

“Selepas ini FAM perlu tegas dari segi pengambila­n pasukan yang bertanding kerana kalau kita lihat ada antara mereka yang tidak memenuhi peraturan dapat bertanding.

“Akhirnya ada pasukan yang menarik diri dan secara tak langsung ia menyusahka­n ramai pihak termasuk pemain dan pasukan lain. Kami harap pertanding­an liga ataupun pengurusan skuad kebangsaan selepas ini lebih teratur di bawah kepimpinan Datuk Hamidin,” katanya.

 ??  ?? HAMIDIN perlu selesai kes tatatertib yang tertangguh lama.
HAMIDIN perlu selesai kes tatatertib yang tertangguh lama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia