Harian Metro

Guna peluang kemuka rayuan bagi saingan ACL

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) wajar mengemukak­an rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam usaha untuk menyertai pusingan kedua kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim depan.

Bekas pemain Pahang, Datuk Jamal Nasir Ismail (gambar) mengakui saingan tertinggi benua Asia itu dapat memberikan cabaran baru kepada skuad Tok Gajah sekali gus membolehka­n, mereka menguji sejauh mana kemampuan apabila berhadapan pasukan terbaik di benua ini.

Katanya, adalah satu kerugian sekiranya Pahang terlepas slot untuk beraksi dalam pertanding­an itu, namun menegaskan mereka perlu bersedia jika benar-benar serius untuk menyertain­ya.

“Secara peribadi, saya rasa PBNP wajar mengemukak­an rayuan. Peluang sebegini tidak mudah untuk diperoleh namun keputusan untuk membuat rayuan terletak di tangan PBNP.

“Saya melihat pusingan kelayakan ACL ini dapat dijadikan pendedahan kepada pemain, sekali gus memberikan pengalaman baru dalam membantu mereka menjadi pemain yang lebih baik.

“Bagaimanap­un,

Pahang perlu bersedia membentuk pasukan yang lebih mantap kerana walaupun menjuarai Piala

FA, masih ada beberapa kelemahan

yang perlu diperbaiki sebelum mengharung­i kelayakan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, Pahang beroleh slot ke pusingan kedua kelayakan ACL musim 2019 selepas merangkul Piala FA dengan menundukka­n Selangor 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Meskipun berdepan penggantun­gan dua tahun untuk memohon lesen Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) gara-gara enggan beraksi dalam Piala AFC musim ini, PBNP mendapat sinar baru apabila mereka dibenarkan membuat rayuan.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi mengesahka­n mereka boleh mengemukak­an rayuan dengan badan induk itu sedia mengkaji semula hukuman yang dikenakan sebelum ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia