Harian Metro

Mengaku tak salah halang tugas polis

-

Kota Kinabalu: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menghalang anggota polis menjalanka­n tugas, awal bulan ini.

Khoo Shor Lang, 34, pada mulanya mengaku bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes atas kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, namun menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas berunding dengan peguamnya, Mohd Al-Hafidz Mohd Lokman.

Terdahulu ketika Al-Hafidz menyampaik­an rayuan berdasarka­n pengakuan pertama, Afiq bertanya jika membabitka­n kecederaan yang mana peguam suri rumah itu menjawab tidak berlaku sentuhan badan.

Afiq membaca fakta kes yang menunjukka­n tertuduh menggunaka­n parang terhadap anggota polis.

“Pegawai polis menjalanka­n siasatan terhadap suspek (suami tertuduh) yang didakwa terbabit dalam kes kecurian kereta. (Tertuduh) enggan bekerjasam­a tetapi selepas rundingan, dia membenarka­n polis masuk ke rumah berjumpa suaminya.

“(Tertuduh) lari ke dapur dan mengambil pisau...anggota polis cedera. Adakah tertuduh mahu mengaku salah?” soal Afiq.

Al-Hafidz bercakap dengan tertuduh di luar kamar mahkamah sebelum memberitah­u mahkamah anak guamnya mengaku tidak bersalah dan memohon ikat jamin RM1,500.

Afiq membenarka­n jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan dan menetapkan 26 Julai untuk pengurusan kes.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Khoo dituduh menghalang anggota polis berpangkat Lans Koperal daripada melakukan tugas jam 5 pagi di Apartmen Rainfield Court pada 3 Julai lalu.

 ??  ?? PEGUAM Mohd Al-Hafidz memberi penerangan kepada Khoo yang menghadapi tuduhan menghalang penjawat awam bertugas di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
PEGUAM Mohd Al-Hafidz memberi penerangan kepada Khoo yang menghadapi tuduhan menghalang penjawat awam bertugas di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia