Harian Metro

Pelajar rempuh kerbau maut digilis 2 kenderaan

-

Maran: Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggang­inya melanggar seekor kerbau yang melintas jalan sebelum mangsa digilis dua kenderaan di Kilometer 41.5 Jalan Maran-Bandar Jengka, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 malam, Mohamad Arif Aiman Rahim, 16, yang berasal dari Rumah Kakitangan FELDA Jengka 2, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Rakan mangsa yang membonceng, Muhammad Aizudin Nur Rosli, 14, dari FELDA Jengka 2 Bandar Jengka pula patah bahu kanan dan dikejarkan ke Hospital Bandar Jengka untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Kedua-dua mangsa berkenaan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superinten­den Norzamri Abd Rahman berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian jam 1.30 pagi yang memaklumka­n mangsa melanggar kerbau.

“Bagaimanap­un, siasatan mendapati Mohamad Arif Aiman digilis dua kenderaan iaitu sebuah kereta dan van berdasarka­n penemuan kesan parah pada badan mangsa serta kesan brek.

“Ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghala ke Maran dari Bandar Jengka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dua kenderaan yang melanggar mangsa belum membuat laporan berkaitan kejadian berkenaan.

Norzamri berkata, ketika kejadian keadaan jalan kering dan gelap kerana tiada lampu jalan.

Beliau berkata, polis memerlukan maklumat daripada saksi bebas yang melihat kemalangan itu bagi membantu siasatan.

Katanya, polis mengklasif­ikan kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? MAYAT mangsa yang maut selepas merempuh kerbau, kelmarin.
MAYAT mangsa yang maut selepas merempuh kerbau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia