Harian Metro

Kes Nur Aisy tunggu keputusan pendakwa

-

Kuala Lumpur: Polis menunggu maklum balas daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPP) berhubung kematian bayi berusia lima bulan, Nur Aisy Mohd Ikhwan ketika dalam jagaan pusat asuhan, April lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, keputusan mengenai tindakan lanjut berhubung kes itu dikeluarka­n TPP, Rabu depan.

Menurutnya, keputusan itu bakal menentukan sama ada kes berkenaan dibawa semula ke mahkamah bagi proses perbicaraa­n atau sebaliknya.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh sebelum ini dilakukan pegawai penyiasat dengan mengambil keterangan keluarga, pengasuh dan juga seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang berada di lokasi sewaktu kejadian.

“Selepas melakukan siasatan, kami dapati tidak ada bukti kukuh untuk menuduh pengasuh berkenaan kerana kanak-kanak berusia dua tahun itu tidak boleh menjadi saksi di mahkamah.

“Selain itu, lokasi kejadian juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) atau sebagainya bagi menyokong keterangan dan pihak TPP memaklumka­n kes tidak layak dibawa ke mahkamah serta memutuskan sebagai Tiada Tindakan Lanjut.

“Namun, pegawai penyiasat melengkapk­an semula kertas siasatan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti disarankan sebelum diserahkan semula kepada TPP dan kami masih menunggu keputusan yang dijadualka­n dikeluarka­n pada Rabu depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Aziz berkata, polis menjalanka­n siasatan secara menyeluruh tetapi TPP yang menentukan sama ada kes layak untuk dibawa ke mahkamah bagi proses perbicaraa­n atau sebaliknya selain bergantung kepada keterangan serta bukti dikemukaka­n.

Nur Aisy yang ditinggalk­an di bawah jagaan pengasuh dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang selama tiga hari sebelum meninggal dunia disebabkan kecederaan berpunca daripada hentakan objek tumpul di kepalanya.

TPP yang menentukan sama ada kes layak untuk dibawa ke mahkamah”

Abdul Aziz Ali

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia