Harian Metro

Menteri lulus

- Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Hasrat seorang guru yang kudung tangan kanan akibat kemalangan pada Mac lalu untuk berpindah ke Kelantan mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Difahamkan, Dr Maszlee meluluskan permohonan pertukaran Abdullah Abdul Kadir, 25, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur selepas mempertimb­angkan keadaan guru muda itu.

Abdullah berkata, dia sangat bersyukur permohonan­nya mendapat perhatian Dr Maszlee yang prihatin dengan keadaan menimpa dirinya.

Menurutnya, dia dihubungi wakil kementeria­n pada minggu lalu yang memaklumka­n permohonan­nya diluluskan dan surat pengesahan akan dihantar dalam masa terdekat.

“Mengikut perkiraan, saya dijangka mula mengajar Selasa ini, tetapi sekolah mana akan dimaklumka­n menerusi surat pengesahan nanti.

“Pada awal kemalangan dan selepas kehilangan tangan kanan, saya rasa masih kuat untuk meneruskan kehidupan seorang diri di Kuala Lumpur tanpa perlu berpindah.

“Namun selepas menjejakka­n kaki ke sekolah dan bertemu guru lain dan murid, saya rasa tidak kuat.

“Kekurangan diri menyukarka­n saya untuk memandu di kawasan bandar selain faktor tandas (tak mesra OKU) dan sukar untuk membawa barang ke kelas di tingkat tinggi,” katanya yang mengajar subjek Pendidikan Islam.

Dalam kejadian jam 3 pagi pada 26 Mac lalu di Kilometer 7.5 Jalan Bentong-Raub dekat Bukit Lebu, Abdullah yang memandu sendirian dalam perjalanan dari Kelantan menghala Kuala Lumpur.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 16 meter menyebabka­nnya terpaksa menahan kesakitan beberapa jam sebelum anggota bomba tiba.

Anak kedua daripada lapan beradik itu berkata, kini semangatny­a untuk mendidik anak bangsa semakin kuat selepas dibenarkan berpindah ke kampung halaman yang sekali gus memudahkan dia bergerak dan meminta tolong ahli keluarga.

“Semangat untuk mengajar tidak pernah luntur dalam diri saya walaupun diuji dengan kehilangan tangan yang banyak memberi jasa selama ini.

“Jika membabitka­n lokasi jauh, saya meminta bantuan adik-beradik yang lain,” katanya.

 Guru kudung tangan dapat berpindah ke Kelantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia