Harian Metro

Cungkil bakat baru tae-kwon-do

-

Kejohanan Taekwondo Remaja Ke-13 Nestle

KOKO KRUNCH 2018 memperliha­tkan bakatbakat baru tae-kwon-do bertarung untuk merebut kejuaraan dalam pusingan akhir yang berlangsun­g di Stadium Juara, Bukit Kiara, baru-baru ini.

Dilancarka­n sejak 2006 dengan sokongan Taekwondo Malaysia (WTF), Kejohanan Taekwondo Remaja

Nestle KOKO KRUNCH menyediaka­n platform untuk membangunk­an bakat muda di peringkat akar umbi dengan memberi peluang menimba pengalaman pertama bertarung dalam pertanding­an tae-kwon-do.

Kejohanan ini selari dengan komitmen Nestle untuk menggalakk­an gaya hidup yang lebih aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kelab Koryo Taekwondo sekali lagi muncul juara tahun ini dan membawa pulang Piala Pusingan

Tunku Imran. Mereka memenangi trofi dengan 11 emas, lapan perak dan 17 gangsa sementara Smart MA mendapat tempat kedua dengan empat emas, tiga perak serta empat gangsa.

Ahmad Muhaimin M Al-Hafiidz daripada A Team berjaya memenangi anugerah persembaha­n terbaik kanakkanak lelaki untuk kategori usia 10-12 tahun manakala Wei Jia Ying Cherry dari Singapura diumumkan sebagai pemenang kanak-kanak perempuan persembaha­n terbaik bagi kategori sama.

Sementara itu, pemenang anugerah persembaha­n terbaik untuk kategori usia tujuh hingga sembilan tahun dimenangi Muhammad Adi Iskandar dari RSB Perak dan Nurul Alya Qistina daripada pasukan TYC.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merasmikan majlis penutup dan penyampaia­n pingat berkata, sukan memainkan peranan penting dalam pembanguna­n serta pembentuka­n keperibadi­an belia.

“Sejak diperkenal­kan, kejohanan ini semakin diperluask­an dan platform ini memberi peluang kepada beribu-ribu bakat muda untuk membangunk­an potensi mereka.

“Ia antara usaha terbaik untuk melihat sumbangan Nestle KOKO KRUNCH terhadap pembanguna­n bakat muda dalam taekwon-do melalui kejohanan ini. Berbekalka­n sokongan padu dan program yang tersusun di peringkat akar umbi, saya yakin Malaysia dapat meneruskan usaha melahirkan atlet berbakat besar, sekali gus mampu mengharumk­an nama negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jualan Nestle (Malaysia) Berhad, Chew Soi Ping berkata, kajian dilakukan pada 2015 mengenai tabiat sarapan pagi kanak-kanak Malaysia menunjukka­n tahap aktiviti fizikal adalah rendah.

“Matlamat kami untuk menggalakk­an kanakkanak supaya lebih aktif dan kejohanan ini menawarkan peluang kepada kanak-kanak dari seluruh negara untuk memupuk minat terhadap sukan serta menyemarak­kan semangat kesukanan mereka.

“Di samping itu, platform ini juga berpotensi untuk

melahirkan juara masa depan. Sebagai bukti, Rozaimi Rozali yang juga bekas pemenang pingat gangsa kejohanan ini kini mengharumk­an nama negara dengan memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” ujarnya.

Tambahnya, kajian itu juga menunjukka­n sembilan daripada 10 kanak-kanak tidak makan bijian gandum penuh yang secukupnya.

“Selaras dengan komitmen Nestle untuk menyediaka­n produk pemakanan yang lebih sihat dan lebih berkhasiat untuk rakyat Malaysia, semua produk bijirin sarapan Nestle diperbuat daripada bijian gandum penuh.

“Kami juga memberi ceramah nutrisi sepanjang kejohanan ini untuk mendidik ibu bapa dan kanak-kanak tentang kepentinga­n memulakan hari dengan sarapan pagi yang sihat dan seimbang,” katanya.

Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya benar-benar komited untuk menyokong acara seperti kejohanan itu untuk mencungkil bakat atlet serta memastikan generasi muda menerima sokongan yang diperlukan untuk menjadi juara dunia pada masa akan datang.

 ??  ?? KEJOHANAN Taekwondo Remaja Ke-13 Nestle
KOKO KRUNCH 2018 yang berlangsun­g, baru-baru ini.
KEJOHANAN Taekwondo Remaja Ke-13 Nestle KOKO KRUNCH 2018 yang berlangsun­g, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia