Harian Metro

Mangsa simbahan asid stabil, jalani pembedahan

-

Pegawai kanan Bursa Malaysia yang melecur disimbah asid dua lelaki di hadapan Menara Olympia, Jalan Raja Chulan, di sini, petang kelmarin, berada dalam keadaan stabil dan menjalani pembedahan petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superinten­dan Rudy Abdullah berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan lima saksi berhubung kejadian itu, namun belum menahan dua suspek utama kejadian jam 6.35 petang itu.

Beliau berkata, pihaknya masih tidak dapat mengambil keterangan daripada mangsa lelaki berusia 40-an berikutan pihak hospital memberikan ubat kepadanya untuk berehat.

“Pihak kami sudah merakam percakapan lima saksi berhubung kejadian ini. Bagaimanap­un, identiti suspek utama belum dikenal pasti. Maklumat yang kami terima suspek adalah dua lelaki berusia 40-an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia