Harian Metro

Dollah enggan pemain bersikap sambil lewa

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh(gambar) tidak mahu pemainnya bersikap sambil lewa dalam empat baki aksi Liga Super.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, biarpun kejuaraan Liga Super sudah terlepas, ia tidak bermakna anak buahnya boleh bermain di bawah prestasi sebenar.

“Selepas muncul juara Piala FA, pemain tidak boleh bersikap sambil lewa kerana saya tidak mahu pemain ‘berehat’ sebaliknya mereka perlu kekal fokus dalam setiap perlawanan,” kata Dollah.

“Terlepas trofi Liga Super bukan alasan untuk mereka tidak bermain pada tahap terbaik kerana komitmen terhadap pasukan penting untuk meletakkan pasukan pada prestasi terbaik.

“Mungkin mereka anggap perebutan tempat kedua dan ketiga tidak bermakna. Tapi, mereka perlu fokus dalam empat baki perlawanan untuk mengekalka­n prestasi.”

Selepas 18 perlawanan, skuad Tok Gajah menduduki tangga kelima liga dan akan bertemu Perak, Sabtu ini, diikuti Melaka United pada 18 Julai, PKNS FC (21 Julai) dan Kelantan (28 Julai).

Mengulas kegagalan mengutip tiga mata di laman sendiri, Dollah berkata, faktor keletihan dan ketiadaan empat pemain utama yang cedera dan digantung perlawanan menjejaska­n prestasi pasukan.

“Saya akui persembaha­n pasukan jauh berbeza selepas final Piala FA. Faktor keletihan dan ketiadaan beberapa pemain menjejaska­n rentak permainan tapi ia bukan alasan.

“Segala-galanya serba tidak menjadi terutama separuh masa pertama dan babak kedua kita cuba bangkit tapi pemain gagal mencipta banyak peluang untuk menjaringk­an gol.

“Namun, saya juga tidak boleh paksa pemain kerana mereka sudah memberikan yang terbaik tetapi gagal untuk menewaskan PKNP,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia