Harian Metro

Bekas pegawai khas Najib direman 4 hari

 SPRM tahan reman bekas pegawai khas Najib

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Seorang bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak direman empat hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewen­gan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahka­n mengenai penahanan reman individu berusia 44 tahun itu.

“Dia ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menggelapk­an wang diterima dari sebuah syarikat dianugerah­kan untuk memasang panel solar di sekolah di Sarawak,” katanya.

Difahamkan, perintah reman empat hari sehingga hari ini dikeluarka­n Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas dipohon SPRM.

Berdasarka­n maklumat sumber SPRM, bekas pegawai khas itu didakwa meminta wang daripada sebuah syarikat berpangkal­an di Bintulu.

“Kami difahamkan dia meminta wang dengan jumlah besar,” katanya tanpa mendedahka­n jumlah berkenaan dipercayai bernilai jutaan ringgit.

Sebelum ini, portal Sarawak Report mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatan­gani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaa­n projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementeria­n Pendidikan dengan tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.

Laporan berkenaan turut mendakwa kakitangan kementeria­n yang menyatakan keprihatin­an berhubung proses penganuger­ahan kontrak terbabit ditukarkan, manakala laporan kepada polis dan SPRM langsung tidak dihiraukan.

Kami difahamkan dia meminta wang dengan jumlah besar”

Simi Abdul Ghani

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia