Harian Metro

Tubuh jawatankua­sa tangani belia menganggur

-

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) merancang untuk menubuhkan jawatankua­sa khas memperhalu­si masalah penganggur­an dan memastikan peluang pekerjaan berkualiti dalam kalangan belia.

Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, kerajaan amat memandang serius soal menyediaka­n peluang pekerjaan untuk golongan belia.

Beliau berkata, Laporan Bank Negara awal tahun ini menunjukka­n penganggur­an belia di Malaysia pada kadar 11.7 peratus iaitu tiga kali ganda daripada kadar penganggur­an nasional.

“Ada perdebatan anak muda tidak mahu bekerja dalam sektor 3D (kotor, sukar dan bahaya). Namun sebenarnya ada laporan golongan muda negara ini sanggup berhijrah ke Australia untuk kerja sebagai pengutip buah atau kerja secara haram di Korea Selatan sebagai buruh termasuk dalam sektor pembinaan.

“Walaupun gaji rendah dibandingk­an di Malaysia, kadar gaji itu tetap tinggi, jadi persoalann­ya jika dapat gaji setimpal mereka sanggup melakukan perkerjaan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan

Pameran Kerjaya dan Pasca Ijazah GRADUAN Aspire

2018 di Pusat Konvension Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan GRADUAN Elia Talib.

Sehubungan itu, pihaknya bersedia bekerjasam­a dengan kementeria­n dan agensi lain termasuk GRADUAN bagi mengurangk­an kadar penganggur­an belia di negara ini di bawah angka dua digit.

“Jika isu pekerjaan tidak dapat diselesaik­an, kejayaan anak muda akan terbantut.

“Melalui kerjasama dengan GRADUAN yang menganjurk­an pameran kerjaya terbesar, kementeria­n berharap dapat memastikan pekerjaan yang ditawarkan bukan saja tertumpu di Lembah Klang, bahkan di seluruh negara.

“Ini termasuk membantu lepasan Kolej Vokasional dalam memperoleh pekerjaan berkualiti memandangk­an kadar gaji diterima mereka rendah antara RM1,200 hingga RM1,500,” katanya.

Syed Saddiq turut memuji penganjura­n program GRADUAN Aspire 2018 yang dilihat sebagai platform yang baik menawarkan peluang kerjaya untuk golongan muda di negara ini.

Elia pula berkata, sebanyak 150 organisasi terkemuka antaranya Maybank, Axiata, Tenaga Nasional, Shell dan Traveloka menyertai pameran kerjaya berkenaan yang berlangsun­g dua hari bermula semalam.

 ??  ?? SYED Saddiq
SYED Saddiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia