Harian Metro

Latar golongan kaya 1980-an

-

Billionair­e Boys Club atau akronimnya BBC, mempunyai kelebihan mengatasi filem The Wolf of Wall Street kerana mempunyai genre sama; berdasarka­n kisah benar jenayah pelaburan dan pengubahan wang haram.

Malangnya kelebihan itu menjadi lemah di babak akhir tatkala naratif semakin hampir ke penghujung.

Pembukaan babak bermula dengan kemas dan mudah difahami kerana adanya narator yang menjadi pemudah cara.

Penonton diperkenal­kan dengan setiap karakter mempunyai perwatakan tersendiri, daripada watak utama sehingga pembantu yang setiap satu memiliki keperluan di dalam babak.

Dari segi lakonan, hanya Elgort, Egerton dan Spacey sahaja dilihat meyakinkan penonton. Terutama Egerton sebagai Dean yang mempunyai sisi gelap dan lontaran rasa tersendiri.

Spacey pula menyerlah pada babak awal kemunculan wataknya saja yakni tatkala Dean memperkena­lkan Ron (lakonan Spacey) kepada Joe Hunt (lakonan Elgort).

Perkembang­an karakter Ron pada awal saja nampak bijak dan mula menampakka­n kebodohan yang tidak masuk akal, seperti babak membawa lari pakaian mahal yang baru dicuba dari sebuah butik terkemuka di Beverly Hills.

Di segi premis dan latar filem, BBC berjaya memberi nuansa era 1980-an kehidupan golongan kaya.

Terutama kegilaan membeli kereta luar negara, bermain golf, berparti tema dan sebagainya.

Malah, pemilihan lagu runut dan kostum juga banyak membantu membangkit­kan ‘mood’ itu kepada penonton yang pernah melalui era itu.

Begitu juga di segi pemilihan penggredan warna filem yang sinonim dengan zaman itu.

BBC tidak ketengahka­n adegan seks atau ganas keterlalua­n seperti mana The Wolf of Wall Street, sebelum ini.

Kiranya filem ini masih boleh dilayan tanpa perlu ada perasaan bimbang, cuma ia tetap hanya untuk tontonan dewasa.

 ??  ?? 1. Hotel Transylvan­ia 3:
Summer Vacation 2. Ant-Man and the Wasp 3. Skyscraper 4. Incredible­s 2
5. Jurassic World: Fallen
Kingdom
6. The First Purge
7. Sorry to Bother You 8. Sicario: Day of the
Soldado
9. Uncle Drew
10. Ocean’s 8
1. Hotel Transylvan­ia 3: Summer Vacation 2. Ant-Man and the Wasp 3. Skyscraper 4. Incredible­s 2 5. Jurassic World: Fallen Kingdom 6. The First Purge 7. Sorry to Bother You 8. Sicario: Day of the Soldado 9. Uncle Drew 10. Ocean’s 8
 ??  ?? FILEM: Billionair­e Boys Club ARAHAN: James Cox PELAKON: Ansel Elgort, Taron Egerton, Kevin Spacey, Jeremy Irvine, Emma Roberts, Suki Waterhouse
GENRE: Biografi drama TAYANGAN: 19 Julai 2018 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari
FILEM: Billionair­e Boys Club ARAHAN: James Cox PELAKON: Ansel Elgort, Taron Egerton, Kevin Spacey, Jeremy Irvine, Emma Roberts, Suki Waterhouse GENRE: Biografi drama TAYANGAN: 19 Julai 2018 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia