Harian Metro

Pemandu leka punca kemalangan

-

Kuala Lumpur: Pengguna jalan raya perlu peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak dan mengurangk­an kemalangan terutama membabitka­n kematian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, faktor kecuaian pemandu itu sendiri boleh menyumbang kepada kemalangan apabila mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling.

“Ia berlaku terutama ketika memandu kenderaan secara laju mengakibat­kan impak kemalangan semakin tinggi sehingga meragut nyawa.

“Walaupun kemalangan membabitka­n kenderaan penyelengg­araan adalah kes terpencil, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak dan mengurangk­an impak kemalangan jalan raya.

“Dari segi penguatkua­saan, terdapat undang-undang yang diperuntuk­kan membabitka­n kenderaan penyelengg­araan sama seperti kes kemalangan biasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, selain itu sikap ambil mudah pekerja penyelengg­ara yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan ketika melakukan kerja penyelengg­araan turut mengundang peningkata­n risiko kemalangan.

Katanya, ada beberapa kesalahan sering dilakukan pihak berkenaan terutama membabitka­n syarikat kontraktor kecil.

“Antaranya memasang kon pada jarak terlalu dekat dengan kerja penyelengg­araan, tidak memasang lampu pada kenderaan penyelengg­araan dan lain-lain kesalahan yang dikenal pasti dilakukan pihak terbabit.

“Kesalahan itu dilakukan kerana sikap ambil mudah pihak berkenaan yang mahu melakukan kerja penyelengg­araan dengan cepat tanpa mengambil kira aspek keselamata­n pengguna jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Mohd Zam Manaf berkata, aspek amaran dan peringatan mengenai apa saja kerja yang dilakukan perlu diambil berat pihak berkenaan.

Katanya, setiap kerja dilakukan di lebuh raya tidak kira kerja pembaikan, penyelengg­araan dan sebagainya perlu dimaklumka­n kepada pengguna laluan terbabit.

“Pasang papan tanda amaran dan peringatan, jika kerja dilakukan pada waktu malam pasang lampu yang terang supaya dapat dilihat dari jarak jauh oleh pengguna jalan raya.

“Kita sudah banyak kali ingatkan mengenai perkara ini, jika ada kerja penyelengg­araan atau kenderaan yang rosak ditinggalk­an di tepi jalan, pasang tanda amaran.

“Sikap ambil mudah ini yang kita kesali, jika ia diberikan perhatian serius, ada antara kemalangan ini boleh kita elak,” katanya.

Beliau berkata, pihak pengurusan lebuh raya perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan prosedur mengenai kerja penyelengg­araan dipatuhi.

“Perlu ada pemantauan berterusan selain mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal mematuhi prosedur diwajibkan,” katanya.

 ?? Azman Shari’at ?? Sikap ambil mudah pekerja penyelengg­ara yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan ketika melakukan kerja penyelengg­araan turut mengundang peningkata­n risiko kemalangan”
Azman Shari’at Sikap ambil mudah pekerja penyelengg­ara yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan ketika melakukan kerja penyelengg­araan turut mengundang peningkata­n risiko kemalangan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia