Harian Metro

TUNGGU HINGGA 2021

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

 Kemunculan sulung pasukan MotoGP negara

musim depan tanpa kelibat pelumba negara

Pasukan MotoGP pertama Malaysia yang bakal membuat kemunculan sulungnya musim depan tidak akan disertai pelumba negara dengan kelibat wira pertama mungkin muncul seawal tahun 2021.

Perkara itu dimaklumka­n Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali dengan menyatakan belum ada pelumba negara yang dilihat ‘bersedia’ untuk beraksi di kelas tertinggi itu.

“Untuk pasukan MotoGP (negara), mungkin dalam masa dua tahun ini 2019 dan 2020, kita tak dapat menggunaka­n khidmat pelumba Malaysia,” kata Razlan ketika ditemui selepas program Bina Bakat bersama Kolej Automotif TOC, hari ini.

“Ini kerana tidak ada pelumba (tempatan) yang dilihat bersedia setakat ini. Kita akan beri masa selama dua tahun untuk melahirkan pelumba kedua Malaysia yang boleh menyertai kelas MotoGP.

“Insya Allah, pelumba pertama negara yang akan berlumba bersama pasukan SIC yang baharu ini akan dapat dilihat pada 2021.”

Sebelum ini, khabar angin mengenai pasukan pertama negara dalam kelas MotoGP hangat diperkatak­an dengan pemegang hak penganjura­n MotoGP, Dorna menerusi laman web rasmi MotoGP mengesahka­n penyertaan SIC bermula tahun depan.

SIC dilaporkan sudah menandatan­gani perjanjian dengan Angel Nieto Racing Team (ANRT) dan bakal menggunaka­n jentera Yamaha selama tiga musim.

Mengulas lanjut perkara itu, Razlan berkata: “Ini yang diumumkan pihak Dorna, saya tak boleh menafikan dan ia betul. Kita dalam peringkat terakhir untuk mendapatka­n kelulusan untuk mengumumka­n secara rasmi pembabitan SIC dalam kelas MotoGP pada 2019.

“Pada 2019 buat kali pertamanya kita akan ada pembabitan dalam semua kategori - MotoGP, Moto2 dan Moto3 - ini satu pengumuman yang positif untuk bidang sukan permotoran dua roda khususnya.”

 ??  ?? RAZLAN (kanan) bersama Hafizh Syahrin Abdullah yang menyertai Monster Yamaha Tech3 di MotoGP.
RAZLAN (kanan) bersama Hafizh Syahrin Abdullah yang menyertai Monster Yamaha Tech3 di MotoGP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia