Tiga pemain futsal dipanah petir

Harian Metro - - Setempat -

Tiga pemain futsal cedera akibat disambar petir ketika menyertai perlawanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) peringkat kebangsaan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, jam 4.30 petang semalam.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada kenyataan mengesahkan kejadian berkenaan.

“Semua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan menerima rawatan kecemasan.

“Pihak KBS ingin menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan ketiga-tiga mangsa adalah keutamaan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi akaun Twitternya semalam, menyatakan keselamatan dan kebajikan ketiga-tiga mangsa adalah fokus utama KBS.

“Ketiga-tiga pemain sudah dihantar ke Hospital UKM (PPUKM) untuk rawatan lanjut.

“Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya.

PEMAIN rebah disambar petir ketika perlawanan Liga Sukan Untuk Semua di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.