Sorok bawah meja kedai emas dirompak 3 lelaki

Harian Metro - - Setempat -

“Kami terpaksa menyorok di bawah meja kerana terlalu takut,” ujar seorang pekerja wanita di premis bersebelahan kedai emas di sebuah pasar raya berhampiran Bangi Avenue, di sini, yang dirompak tiga lelaki kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, penjenayah hanya mengambil masa kurang dua minit untuk melarikan dulang berisi barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000.

Saksi hanya mahu dikenali sebagai Mastura, 18, berkata, ketika kejadian, dia dan rakan sekerjanya mengemas barangan jualan sebelum terdengar bunyi hentakan kuat.

Mereka kemudian meninjau keluar sebelum melihat kelibat dua lelaki memakai topi keledar tutup muka penuh sedang memecahkan cermin meja pameran kedai emas berkenaan menggunakan tukul besi.

“Saya dan rakan yang panik melihat situasi itu kemudian melarikan diri ke bahagian kaunter lalu menyorok di bawah meja. Sepanjang beberapa minit berada di bawah meja itu, kami terdengar bunyi cermin pecah sebelum keadaan menjadi senyap,” katanya.

KEDAI emas yang disamun tiga lelaki, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.