Dua pekerja ladang maut motor bertembung

Harian Metro - - Setempat -

Dua pekerja ladang maut sejurus motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 135 Jalan Sandakan-Lahad Datu, dekat Kampung Paris 3 di sini.

Dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, mangsa, Zulfadlie Baharudin, 19, yang menunggang Honda Wave dan Ramli Karim, 24, menunggang Yamaha LC meninggal dunia di lokasi.

Sandakan

Rakan Ramli yang juga pembonceng berusia 20 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang maut bekerja di dua ladang berlainan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, ketika kejadian penunggang Honda Wave dalam perjalanan ke arah Lahad Datu dan satu lagi motosikal dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang Honda Wave dipercayai hilang kawalan lalu motosikalnya terbabas ke kanan jalan dan merempuh motosikal Yamaha dinaiki dua lelaki.

“Akibat kejadian, kedua-dua penunggang meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

MAYAT mangsa terbujur di bahu jalan sejurus motosikal mereka bertembung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.