Penuhi semua komitmen

Harian Metro - - Setempat -

Kerajaan berjaya penuhi semua komitmen kewangan bulanan khususnya pembayaran gaji dan pencen penjawat awam termasuk pemberian bonus berjumlah RM8 bilion meskipun pentadbiran terdahulu hanya meninggalkan sisa wang bernilai

RM450 juta.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ada pihak tertentu percaya kerajaan lama diterajui Barisan Nasional (BN) menyerahkan berbilion ringgit dalam akaun wang tunai pada 30 April lalu namun realitinya, kedudukan kewangan negara tidak seperti dicanangkan. Kerajaan tidak bercadang memansuhkan cukai pelancongan yang dikenakan kepada setiap pelancong asing yang memasuki negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pelaksanaan cukai berkenaan akan diteruskan memandangkan kebaikannya untuk negara.

“Kita tidak bercadang memansuhkan Cukai Pelancongan malah akan mengekalkan cukai berkenaan kerana ia menguntungkan negara,” katanya.

tourism tax,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.