‘Saya tak peduli parti mana’

Harian Metro - - Setempat -

Tidak sampai sejam proses mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima satu laporan.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya menerima laporan ada dua parti politik berkempen di hadapan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kemang, di sini.

“Saya tidak peduli mereka dari parti mana, tetapi berkempen pada hari mengundi adalah salah dan boleh dikenakan tindakan.

“Saya sudah arahkan penguat kuasa pilihan raya meminta pihak terbabit berhenti dan beredar segera dari lokasi,” katanya ketika ditemui selepas melawat SK Port Dickson, di sini.

Azhar berkata, aktiviti merayu dan meraih undi hanya boleh dilakukan dalam jarak 50 meter dari kawasan pusat mengundi.

“Jika ada pihak yang ternampak mana-mana parti melakukan kesalahan mereka boleh membuat laporan dan SPR akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

AZHAR (tengah) menjawab soalan wartawan selepas meninjau proses pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.