Bawa anak lihat kemeriahan suasana PRK

Harian Metro - - Setempat -

Ibarat melentur buluh dari rebung, sepasang suami isteri membawa bersama anak mereka bagi melihat sendiri kemeriahan suasana Pilihan Raya

Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, semalam.

Taufik Hidayat Abdul Malik, 33, dan isteri, Maizatul Banazir Saliha, 34, membawa bersama tiga anak mereka iaitu kembar lelaki berusia tujuh tahun dan bayi perempuan berusia setahun ketika keluar mengundi.

Taufik yang ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kemang di sini, berkata anak kembarnya meminta untuk ikut serta kerana mahu melihat suasana mengundi.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya saya dan isteri yang keluar mengundi, tetapi kali ini saya bawa anak.

“Walaupun cuma menunggu di luar pusat mengundi, kemeriahan pilihan raya tetap dirasai, tetapi seorang anak lelaki kami merajuk tidak dapat masuk melihat saya mengundi,” katanya.

Terdahulu, dia menemani isterinya mengundi di Sekolah Kebangsaan

(SK) Intan Perdana.

Taufik Hidayat yang juga kakitangan kerajaan berkata, suasana mengundi kali ini dilihat lebih meriah berbanding PRU14 lalu.

TAUFIK dan isterinya membawa bersama tiga anak mereka yang mahu melihat suasana mengundi di SK Teluk Kemang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.