CHE TA BUKUKAN KISAH WAKTU KECIL

Harian Metro - - Selebriti -

Nama pelakon jelita

Rozita Che Wan tidak pernah suram. Dari awal pembabitan dalam bidang seni hingga sekarang, Rozita atau mesra disapa Che Ta, sering menjadi tumpuan.

Daripada kehidupan solo hingga berumah tangga, Che Ta antara artis yang sentiasa menarik perhatian dengan pelbagai cerita.

Terbaru, Cik Pang difahamkan Che Ta bakal menerbitkan buku biografi yang menceritakan kisah hidupnya dari kecil hingga sekarang.

Buku itu bakal membongkar perjalanan hidup Che Ta ketika menetap bersama ibu dan adik-beradik tiri yang semua orang tidak pernah tahu mengenainya.

Selain itu, buku biografi Che Ta juga berkongsi bagaimana dia membesarkan dua anak lelakinya selepas bercerai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.