ATASI SEMUA CABARAN

Harian Metro - - Vroom -

Volvo XC40 kemasan R-design varian standard untuk pasaran tempatan

menampilkan rekaan kabin lebih ringkas dan praktikal dengan ruang simpanan berguna hasil maklum balas pengguna.

“Pasukan kaji selidik pengguna Volvo Car meluangkan banyak masa mengkaji sikap pengguna terhadap kenderaan mereka terutama cara menyimpan barangan.

“Sebagai contoh, untuk menyediakan ruang simpanan di bahagian pintu, pereka Volvo memilih pendekatan baharu yang lebih radikal dengan mengalihkan pembesar suara dari pintu dan menempatkan subwoofer di papan pemuka,” katanya.

Katanya, selain itu ruang barangan pada pintu mampu memuatkan komputer riba atau tablet manakala konsol tengah membolehkan pemilik menyimpan syiling, kad, kabel dan telefon dengan ciri pengecasan tanpa wayar.

Dijual pada harga RM255,888 (tanpa insurans), empat warna ditawarkan iaitu biru, merah, putih dan kelabu.

RUANG bagasi luas.

BAHAGIAN belakang sporty.

PAPAN pemuka memudahkan pemandu.

REKAAN dalaman kabin kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.