SIHAT

Harian Metro - - Sihat - Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Mulut yang sihat tidak hanya ditakrif sebagai memiliki gigi cantik atau senyuman menawan kerana kesihatan gusi juga perlu diambil kira.

Walaupun anda memiliki gigi sihat, tidak bermakna anda bebas daripada penyakit gusi.

Ini kerana, penyakit gusi tidak mendatangkan masalah kesihatan sehingga ramai tidak menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada gusi mereka.

Penyakit gusi bermula apabila plak atau karang gigi terbentuk antara gigi, sepanjang garisan gusi dan dalam poket gusi.

Plak adalah lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion bakteria, ia berpunca daripada kotoran (sisa makanan yang tidak dibersihkan) yang menempel pada gigi dan lama-kelamaan mengeras membentuk seperti kerak.

Tidak hanya mengganggu penampilan, plak gigi juga menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain antaranya berlaku jangkitan gusi dan gigi.

Jangkitan ini mengakibatkan penyakit gusi, gigi mereput dan mulut berbau.

Plak juga menyebabkan gingivitis iaitu tahap awal penyakit gusi dengan tanda-tanda seperti gusi meradang akibat jangkitan bakteria, lembik, kemerahan, membengkak dan mudah berdarah.

Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia, Dr Ahmad Sharifuddin Mohd Asari berkata, penyakit gusi tahap seterusnya adalah periodontitis apabila pada peringkat ini ia menjejaskan tulang yang mengikat gigi berada pada tempatnya.

“Periodontitis yang tidak dirawat boleh merosakkan gusi, tulang dan tisu yang bersambung dengan gigi.

“Peringkat akhir penyakit gusi adalah periodontitis lanjutan menyebabkan serat dan tulang yang menyokong gigi musnah.

“Penyakit gusi lanjutan ini juga menyebabkan gigitan tidak sempurna dan berkemungkinan gigi terpaksa dibuang.

“Gigitan tidak sempurna menyukarkan seseorang untuk bertutur dan mengunyah makanan,” katanya.

Penyakit gusi mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa.

“Plak yang berlanjutan terbentuk berpunca daripada kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar untuk dikesan dalam tempoh yang lama.

Kajian Kesihatan Oral Orang Dewasa Malaysia 2010 (NOHSA 2010) menunjukkan sembilan daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi.

Satu kaji selidik dijalankan Lion Corporation terhadap 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80 peratus peserta mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara.

Soal jawab dalam kajian dinamakan Projek Katsu 2017 itu menunjukkan penyakit gusi yang lazim adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya satu peratus peserta menyedari mereka mempunyai penyakit gusi.

“Penyakit gusi didapati sangat berleluasa di Malaysia. Gusi sihat boleh dicapai melalui penyingkiran plak di kawasan berisiko tinggi seperti poket gusi dan garis gusi.

“Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan hadir janji temu dengan doktor secara berkala.

“Jangan abaikan tandatanda awal penyakit gusi seperti gusi berdarah, gusi merah dan bengkak.

“Dapatkan bantuan profesional dengan segera jika anda mempunyai tanda masalah gusi kerana penyakit gusi boleh diatasi pada peringkat awal.

“Penyakit gusi yang melarat tidak hanya akan menyebabkan kehilangan gigi, tetapi turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung,” katanya.

Dr Ahmad Sharifuddin berkata, penyakit gusi boleh dicegah dan beberapa cara dicadangkan pakar pergigian untuk mengekalkan kesihatan gusi khususnya dan bahagian oral secara keseluruhannya.

“Sudah tentu cara paling mudah adalah memberus gigi anda sekurangkurangnya dua kali sehari.

Memiliki gigi sihat, tidak bermakna anda bebas daripada penyakit

gusi

GIGI dengan gingivitis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.