SINOPSIS

Harian Metro - - Selebriti - TV 1/ 7 malam Widuri: Cinta Maya

Selepas memberikan kata dua kepada Shamsul, Hashimah enggan lagi bercakap dengan suaminya itu. Shamsul pula memutuskan untuk keluar dari rumah agar Hashimah dan anak mereka, Adreena terus tinggal di sana.

Shamsul memberitahu Adreena yang dia akan pergi lama kerana bekerja di Pulau Pinang.

Adreena yang memahami keadaan sebenar menangis hiba kerana terpaksa berpisah dengan bapanya.

Shamsul yang serabut dengan masalah keluarga bertambah buntu apabila kehilangan ramai pelanggan.

Pelakon: Zarina Zainuddin, Yaya Samsudin, Afiq Muiz, Beego, Wan Nor Azlin dan Nazeera Sardi.

AFIQ MUIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.