Kuatkan takbir sebelum tepuk

Harian Metro - - An- Nur -

yang perlu dilakukan sekiranya ada orang memberi isyarat (menepuk bahu) untuk mengikut kita sebagai makmum bagi menunaikan solat fardu, namun ketika itu kita solat sunat?

Khairul Hazwan, Temerloh, Pahang

mazhab as-Syafie mengharuskan seseorang yang terlewat atau masbuk mengikut mereka yang melakukan solat sunat. Ia berdasarkan hadis: “Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ketika dilantik menjadikan imam (ditepuk), seorang itu hendaklah menguatkan takbir supaya boleh didengar oleh makmum. Kedua-dua solat imam dan makmum sah walaupun tidak mengubah niat solat secara sendiri atau menjadi imam.

Mereka yang hendak menepuk imam hendaklah melakukan takbiratul ihram terlebih dahulu kerana larangan mengganggu orang yang bersolat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.