Tidak boleh nazar perkara maksiat

Harian Metro - - An- Nur -

bernazar untuk berpuasa selama tiga hari. Bagaimanapun, tiga hari itu tidak dilakukan secara berturut-turut, tetapi mengikut kemampuan dan akan diselesaikan secepat mungkin.

Perlukah jika hendak melaksanakan puasa nazar itu kita melafazkan tujuannya bernazar?

Boleh ustaz berikan contoh niat atau lafaz yang sepatutnya diucapkan?

Selain itu, benarkah ada pendapat ulama menyatakan, hukum nazar itu makruh kerana ia tidak mampu merubah sesuatu takdir yang ditetapkan Allah?

Fudhail, Felda Redong, Segamat

adalah kebiasaan bagi masyarakat Arab untuk mendapatkan sesuatu hajat. Maka, syariat Islam meletakkan garis panduan pada amalan nazar berkenaan.

Harus seseorang itu bernazar perkara yang diharuskan dan yang disunatkan. Tidak boleh nazar melakukan perkara haram atau makruh.

Ia adalah sumpah janji untuk melakukan sesuatu apabila berhasil mendapatkan sesuatu. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa bernazar untuk taat kepada Allah maka hendaklah dia taat; dan sesiapa bernazar untuk kemaksiatan maka janganlah ia melakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ulama yang menghukum nazar itu makruh berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Janganlah kalian bernazar; sesungguhnya ia tidak boleh mempengaruhi takdir; ia hanya dilakukan oleh orang yang bakhil.” (Hadis Riwayat alBukhari dan Muslim)

Namun, ada pandangan menyatakan, nazar boleh mengangkat sesuatu ibadat menjadi wajib, maka pahala menunaikan yang wajib sudah pasti lebih banyak daripada pahala sunat.

Sebagai mereka yang mahu bernazar, pastikan mampu melaksanakan kerana ia adalah janji, hutang dan sumpah. Sekiranya tidak mampu hendaklah dilaksanakan kafarah sumpah.

Puasa yang dinazar tidak dikaitkan dengan hari secara berturutturut, maka tidak perlulah lakukan berturut-turut. Niatnya pula, “Sahaja aku berpuasa nazar kerana Allah Taala.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.