Panggil ahli politik bantu siasatan

Harian Metro - - Setempat -

Polis akan memanggil ahli politik tertentu jika diperlukan susulan laporan dibuat pembantu peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala

Lumpur kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ahli politik itu akan dipanggil sekiranya wujud keperluan berbuat demikian.

“Laporan berkenaan dibuat di IPD Sentul oleh pembantu Najib supaya diambil tindakan terhadap tokoh politik tertentu berikutan dakwaan yang dilakukan.

“Mengikut prosedur, apabila laporan dibuat, kita akan menjalankan siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.