Akur mansuh hukuman mati

Harian Metro - - Setempat -

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akur dan berserah kepada budi bicara pihak berkuasa berkaitan soal pemansuhan hukuman gantung sampai mati.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedar ada pihak yang melakukan tuntutan pemansuhan hukuman berkenaan.

“Kita serahkan kepada budi bicara pihak berkuasa. Ia adalah tuntutan yang dilakukan pihak tertentu dan kita akur berkaitan perkara ini.

“Saya tidak mahu mengulas berkaitan perkara ini,” katanya selepas menyempurnakan Hari Sukan Negara di Puteri Harbour Marina di sini, semalam.

Kerajaan berhasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup.

Syor pemansuhan itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pihak tertentu termasuk pihak yang menyatakan sokongan bagi pelaksanaannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.