Nafi unsur sabotaj buru Jho Low

Harian Metro - - Setempat -

Polis menafikan ada unsur sabotaj dalam gerakan memburu Low Taek Jho atau Jho Low berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, walaupun tiada maklumat tepat lokasi sebenar ahli perniagaan itu, usaha mengesannya masih giat dijalankan.

“Saya tidak pasti siapa yang sabotaj. Setahu saya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terbabit dalam perkara ini (sabotaj).

“Kita pun sedang mengesan dia (Jho Low) dan bapanya termasuk meminta bantuan INTERPOL walaupun ada masalah teknikal pada peringkat awal,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya berhubung terus dengan pihak INTERPOL untuk membantu mengesan dua beranak itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.