Enggan jawab dakwaan tolak darjah

Harian Metro - - Setempat -

Ayer Keroh: “Saya rasa tidak perlu jawab,” kata Ketua Menteri Adly Zahari secara berseloroh ketika ditanya dakwaan beliau menolak tawaran darjah kebesaran negeri sempena sambutan Hari Jadi ke-80 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri di sini, semalam.

Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan dikemukakan wartawan berikutan tidak menimbulkan persoalan.

Sebaliknya, beliau berharap semua penerima darjah di bawah pentadbirannya akan terus meningkatkan usaha serta khidmat bakti kepada kerajaan negeri dan rakyat.

“Kerajaan negeri berharap anugerah ini akan memberi rangsangan baharu kepada keseluruhan penerima darjah bintang supaya mengekal dan mempertingkatkan lagi usaha masing-masing,” katanya.

Menurut sumber, Adly dipercayai menerima tawaran menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri, tetapi menolaknya atas alasan tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.