Tahan lelaki sembunyi kematian bayi

Harian Metro - - Setempat -

Polis menahan teman lelaki kepada seorang wanita yang menyembunyikan kematian bayi dilahirkannya kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, lelaki berusia 23 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Bukit Mertajam, semalam, selepas diburu sejak kelmarin.

Beliau berkata, kelmarin polis menahan wanita berusia 22 tahun itu selepas mengebumikan bayinya yang didakwa mati ketika dilahirkan di sebuah rumah di Bagan Dalam.

Menurutnya, suspek sebelum itu dipercayai bersalin di sebuah rumah di Kubang Semang sebelum mendakwa bayinya meninggal dunia sejurus dilahirkan.

Katanya, suspek kemudian membawa mayat bayi malang itu ke rumah ibunya di Bagan Dalam sebelum dikebumikan di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.