Tak sempat raih untung jual dadah

Harian Metro - - Setempat -

Empat pengedar dadah kempunan apabila tidak sempat meraih keuntungan hasil jualan mereka selepas ditahan polis dalam serbuan berasingan di sini, semalam.

Bertindak melalui maklumat dan hasil risikan, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menjalankan Op Tapis antara jam 1.30 hingga 4.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 49 tahun di sebuah rumah dekat Kota Aur, Penaga.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah yang didiami suspek menemui enam peket plastik lut sinar berisi dadah dipercayai heroin dan satu peket plastik lut sinar dipercayai syabu bernilai RM1,300,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.