Wak Doyok hadiah ibu banglo

Harian Metro - - Setempat -

Personaliti fesyen, Wak Doyok menghadiahkan rumah banglo kepada ibunya sebagai penghargaan dan kasih sayang kepada wanita berusia 76 tahun itu.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 39, berkata, banglo itu hasil titik peluhnya mencari rezeki selama beberapa tahun.

“Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki. Selama beberapa tahun, saya usahakan dengan menggunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupun dicaci dan dihina di media sosial,” katanya.

Menurut pelakon dan pengacara ini, tujuan dia berkongsi berita baik berkenaan di media sosial bukan untuk menunjuk-nunjuk.

“Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, tetapi ini hadiah khas untuk ibu yang berusia 76 tahun. Saya berikan sedikit keselesaan untuk dia menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru itu,” katanya.

Menurut Wak Doyok, dia dan keluarganya pernah hidup dalam rumah usang yang dimakan anai-anai.

“Dulu saya pernah hidup susah. Betapa peritnya saya lalui liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang. Saya berjaya atas berkat kedua ibu bapa,” katanya.

WAK Doyok

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.