Pengamal media penulis skrip

Harian Metro - - Setempat -

Bagi mendedahkan pengamal media terhadap kemahiran penulisan skrip, Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) menganjurkan Bengkel Seni Kreatif (Penulis Skrip) 2018.

Program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA, di sini, selama dua hari bermula semalam hingga hari ini.

Presiden WHAM,

Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, wartawan hiburan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan skrip yang baik berdasarkan kebolehan mereka dalam bidang penulisan.

“Bengkel ini bukan saja dapat memberi idea untuk menjadi penulis skrip yang berkualiti, tapi membolehkan mereka membuat kritikan dan ulasan sesebuah karya dengan lebih baik.

“Tak mustahil ilmu yang dikutip ini juga dapat melahirkan ramai penulis skrip dalam kalangan pengamal media sebagai bekalan di masa hadapan,” katanya.

Program yang julung kali diadakan dengan kehadiran 30 ahli WHAM itu dilancarkan penerbit Skop Production Sdn

Bhd, Datuk Yusof Haslam yang turut bertindak sebagai panel.

Sementara itu, Yusof berkata, sesiapa saja boleh menjadi penulis skrip asalkan mempunyai minat yang mendalam.

YUSOF dengan peserta ketika Bengkel Seni Kreatif 2018 WHAM di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.