Tak benar ikut kemahuan sendiri

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: Dia dibesarkan dalam keluarga yang mewah dengan pelbagai kemudahan disediakan untuknya, namun jauh di sudut hati, hanya Tuhan yang tahu betapa sengsaranya dikawal 24 jam dan tidak dibenarkan menentukan kemahuan sendiri.

Dilema itu dihadapi seorang ahli perniagaan yang mahu dikenali sebagai Ah Mee, 32, yang merasai tekanan akibat tiada kebebasan dalam diri kerana terlalu dikongkong keluarga sehinggakan dia hanya boleh berkawan dengan mereka yang berada dalam senarai keluarganya.

Katanya, kesibukan ibu bapanya menguruskan syarikat dan perniagaan di sebuah daerah di Sabah dan ingin menjaga status sebagai keluarga elit, menjadikannya terikat dengan banyak perkara, termasuk bercampur gaul dengan orang tertentu di kejiranannya saja.

“Kalau orang lain begitu inginkan kekayaan dalam hidup, saya juga inginkannya. Tapi sejak kecil, saya rasa hidup ini kosong kerana pergerakan saya sentiasa diawasi malah saya mempunyai jadual ketat yang perlu dipatuhi setiap hari, umpama berada di kem tentera.

“Segala kemewahan yang ada di dalam keluarga

bagaikan tidak ada makna kerana saya langsung tidak dibenarkan berkawan, bercampur dengan mereka yang dianggap tidak sama taraf dengan status saya. Kalau saya jumpa juga, saya pula akan dimarahi, saya rasa cukup tertekan,” katanya ketika mengadu kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Ah Mei berkata, dia dihantar untuk bersekolah di sekolah persendirian ketika sekolah menengah kerana keluarganya mahu memastikan dia tidak berkawan dengan orang sebarangan dan perkara itu berulang kali ditegaskan kedua ibu bapanya sehingga hari ini.

“Keluarga saya akan tanya kawan-kawan sama ada mereka datang daripada keluarga susah atau sebagainya menyebabkan saya malu,” katanya.

Seorang lagi yang turut menghadapi situasi sama dikenali sebagai Athirah,

40, pula memberitahu sejak kecil dia hanya bermanja dengan pembantu rumah kerana ibu bapanya sibuk dengan perniagaan dan sering ke luar negara untuk pelbagai urusan.

“Duit tidak pernah menjadi masalah kepada saya kerana segala-galanya sudah disediakan termasuk pemandu peribadi, cuma perlu beritahu saja ke mana saya nak pergi.

“Mula-mula seronok kerana apa yang saya mahukan, pasti saya akan dapat. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya bagaimana hidup susah sehingga saya pelik bagaimana ada rancangan televisyen menceritakan kesusahan orang,”

katanya.

ATHIRAH ketika menceritakan masalah kepada Nadzim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.