Harian Metro

Mudah sangat serah RM43,000

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Diugut boleh dikenakan hukuman gantung kerana didakwa bersubahat dengan penjenayah membabitka­n kegiatan penggubaha­n wang haram berjumlah RM1.48 juta, seorang suri rumah kerugian RM43,000 selepas diperdayak­an sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, kejadian berlaku Rabu lalu apabila wanita berusia 50-an itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai pentadbira­n di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian memaklumka­n ada satu kes perbicaraa­n yang perlu dihadiri mangsa selaku pemilik sebuah syarikat.

“Mangsa menafikan dakwaan itu dan mahu membuat laporan polis di Subang Jaya, namun dihalang dengan alasan laporan perlu dibuat di Terengganu.

“Lelaki berkenaan kemudian menyambung panggilan terbabit sebelum ia dijawab seorang lelaki memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Jamal dari Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Terengganu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Muhammad Azlin berkata, mangsa dimaklumka­n dia terbabit dalam kes penggubaha­n wang haram berjumlah RM1.48 juta dengan seorang penjenayah.

„ Wanita 50-an terima panggilan Macau Scam dakwa bakal dibicaraka­n

Katanya, mangsa diasak dengan pelbagai soalan sebelum panggilan disambungk­an kepada seorang lagi lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Inspektor Fauzi.

“Ketika bercakap dengan lelaki terbabit yang mengaku pegawai polis berpangkat Inspektor, mangsa diugut dikenakan tindakan berat termasuk dihukum gantung jika tidak memberi kerjasama.

“Mangsa diminta memin- dahkan wang ke satu akaun yang dimaklumka­n sebagai milik Jabatan Audit Negara bagi membolehka­n siasatan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat dua transaksi pemindahan wang berjumlah RM43,000 ke satu akaun yang diberikan lelaki itu pada hari sama menerima panggilan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia