Harian Metro

Ribuan pendatang seberang sempadan menuju ke Amerika

-

City: Beribu-ribu pendatang dari Honduras menyeberan­gi jambatan dan ada yang terpaksa menaiki rakit melintasi sungai yang menjadi sempadan Guatemala dan Mexico dalam usaha mereka untuk masuk ke Amerika Syarikat (AS).

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini memberi amaran kepada pihak berkuasa Mexico supaya tidak membenarka­n pendatang itu masuk ke sempadan negara itu melalui Guatemala.

Kumpulan itu berkata, mereka merancang untuk tiba di bandar Tapachula selepas menyeberan­gi sempadan sementara ribuan lagi terkandas di atas jambatan dengan harapan dapat mendaftark­an bagi meminta perlindung­an politik.

“Kami tidak pasti sama ada kami berjaya sampai ke sempadan AS tetapi kami akan pergi sejauh yang boleh,” kata seorang pendatang, Rodrigo Abeja.

Tapachula terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan. Wanita dan kanak-kanak dihantar ke tempat perlindung­an di bandar itu selepas menjalani pemeriksaa­n imigresen.

Berpuluh-puluh wanita dan anak mereka yang masih kecil berlari selepas pegawai imigresen membuka pintu sempadan yang menghalang pendatang daripada menyeberan­ginya.

“Saya sangat gembira, Akhirnya ia dibuka,” jerit Gina Paola Montes, 21, ketika dia masuk ke negara itu.

Ribuan pendatang menunggu lebih 24 jam di atas jambatan itu yang sempit dan cuaca panas serta kelaparan menambahka­n lagi kesengsara­an mereka.

Beratus-ratus pendatang yang tidak sabar mengambil keputusan menyeberan­g sungai Suchiate dengan rakit buatan sendiri dan polis hanya melihat mereka memanjat tebing berlumpur untuk masuk ke Mexico.

Gerakan pendatang yang dikenali sebagai ‘Caravan’ itu bermula di bandar San Pedro Sula di Honduras kira-kira seminggu lalu dan menggunaka­n media sosial ia menarik kira-kira 2,000 orang untuk berhijrah ke AS. Agensi

 ??  ?? RIBUAN pendatang terkandas di jambatan di Guatemala kelmarin dalam usaha mereka masuk ke Mexico sebelum menuju ke AS. - AFP
RIBUAN pendatang terkandas di jambatan di Guatemala kelmarin dalam usaha mereka masuk ke Mexico sebelum menuju ke AS. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia