LEKA DIBUAI NAFSU SONGSANG

Harian Metro - - Muka Depan - Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

„ 16 peserta pesta gay ditahan dalam serbuan JAIS

Kuala Lumpur

Sekumpulan lelaki sedang leka berhibur dalam keadaan bogel ketika lokasi mereka berpesta di sebuah apartmen dua tingkat di Bandar Baru Bangi, Selangor diserbu sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jam 10.15 malam kelmarin dipercayai terbabit dalam aktiviti seks songsang.

Hasil semakan pegawai JAIS mendapati hanya tiga daripada 16 peserta pesta gay itu berusia 18 hingga 30 tahun ditahan bukan beragama Islam.

Difahamkan, serbuan itu dilakukan JAIS hasil maklumat diterima daripada orang awam sejak beberapa minggu lalu berhubung penganjuran pesta lelaki songsang di premis terbabit.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, seramai 50 anggota penguat kuasa terbabit dalam operasi berkenaan yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasaan Agama Mahdi Al Hilmy Arshad dan dibantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, semua lelaki terbabit sedang berpesta dan ada yang sedang berbogel beramai-ramai di tingkat atas premis berkenaan.

“Ia adalah parti eksklusif untuk gay yang terhad kepada jumlah tertentu saja. Pemantauan JAIS mendapati mereka berkomunikasi menggunakan aplikasi WeChat bagi mengelakkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.